Pengenalan
Pemakanan seimbang amatlah di perlukan untuk tumbesaran yang bersesuai dengan usia mereka. Oleh itu, guru perlulah mengadakan program amalan pemakanan berkhasiat, disamping merancang pelan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat di prasekolah.
Tujuan penekanan konsep makanan dalam pendidikan awal kanak-kanak
Meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Memelihara adab sopan dan peraturan makan. Membina kelaziman kanak-kanak supaya makan makanan yang berkhasiat. Berpeluang memprolehi bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan. Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.
Tidak bersih dan tidak berkhasiat terhadap kanak-kanak
Keracunan makanan
Kanak-kanak akan mengalami keracunan makanan kerana makanan yang di makan tidak dijaga dengan bersih.
Mudah mendapat penyakit
Antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa,oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan
Tanda keracunan makanan
•Pucat
•Loya/muntah
•Cirit-birit/sakit perut
•Sesak nafas
•Renjatan(shock)
•Kesan terbakar di mulut jika terminum racun membakar
•Tidak sedarkan diri