September 15, 2018

MAKANAN SIHAT






Pengenalan
Pemakanan seimbang amatlah di perlukan untuk tumbesaran yang bersesuai dengan usia mereka. Oleh itu, guru perlulah mengadakan program amalan pemakanan berkhasiat, disamping merancang pelan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat di prasekolah.
Tujuan penekanan konsep makanan dalam pendidikan awal kanak-kanak
Meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Memelihara adab sopan dan peraturan makan. Membina kelaziman kanak-kanak supaya makan makanan yang berkhasiat. Berpeluang memprolehi bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan. Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.
Tidak bersih dan tidak berkhasiat terhadap kanak-kanak
Keracunan makanan
Kanak-kanak akan mengalami keracunan makanan kerana makanan yang di makan tidak dijaga dengan bersih.
Mudah mendapat penyakit
Antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa,oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan
Tanda keracunan makanan
•Pucat
•Loya/muntah
•Cirit-birit/sakit perut
•Sesak nafas
•Renjatan(shock)
•Kesan terbakar di mulut jika terminum racun membakar
•Tidak sedarkan diri


September 8, 2018

PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Konsep dan definisi
Gaya hidup sihat yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Kesihatan perlulah dijaga dengan betul. Di sekolah guru perlu menterapkan makanan yang sihat untuk kanak-kanak supaya mereka terbiasa dengan makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Akibat tidak menjaga kebersihan rambut
Rambut dan kulit akan menjadi kotor dan mudah dijangkiti kelumumur. Masalah keguguran rambut. Dijangkiti kutu mengakibatkan kulit kepala menjadi gatal dan apabila digaru mungkin akan luka.

Akibat tidak menjaga kebersihan kaki dan tangan
Berlaku jangkitan kuman menyebabkan kudis dan gatal-gatal. Kuku boleh tertanggal akibat jangkitan kuman. Kaki berbau. Rekahan tumit.


Akibat tidak menjaga kebersihan gigi
Kerap makan makanan manis dan tidak berkhasiat seperti coklat. Aiskrim dan gula-gula. Kurang makan makanan yang berkalsium. Tabiat penjagaan gigi yang tidak betul.

August 31, 2018

MUZIK DAN PERGERAKAN

         Pergerakan kreaktif bermaksud interpetasi idea, perasaan, tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik.
        Objektif pergerakan kreatif ialah memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak. Memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui perantaraan tubuh badan. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta , menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran. Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.
        Komponen-komponen pergerakan kreatif ialah tubuh badan, masa, ruang, daya dan aliran. Dengan pergerakan seperti itu kanak-kanak akan lebih sihat dan kesihatan mereka lebih terjamin. Kanak-kanak juga boleh buat pergerakan ini dengan senaman setiap hari di rumah mahupun di rumah.
        Pergerakan krearif juga mempunyai tiga tema iaitu ritma-ritma yang berkaitan dengan pekerjaan . kesedaran bentuk-bentuk pergerakan. Transisi lapan daya asas.

August 24, 2018

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
         Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ict dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan ict dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah ict perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan menarik, mencabar dan interaktif.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1.      Penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan kebersanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.      Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya, menggunakan alat seperti power point, flash, video dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran . hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

3.      Melalui penggunaan ict guru dan murid akan lebih menguasai teknologi –teknologi terjini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan memproses dan merekod setiap maklumat yang diprolehi . bahan yang dapat digunakan berulangkali.  

August 20, 2018

BAHAN BANTU MENGAJAR KANAK-KANAK DISLEKSIA


       Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Ia adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar, mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain, Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri, setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
        Kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah mengenal huruf dan perkataan. Mereka perlu diterapkan dengan bahan bantu mengajar yang jelas dan besar. Guru juga perlu membuat perbezaan huruf untuk memastikan kanak-kanak disleksia dapat mengenal dengan betul dan juga dapat menyebut huruf tersebut.
         Selain itu, bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu kanak-kanak itu untuk mengeja atau menyebut perkataan yang disediakan seperti nama buah-buahan atau benda-benda dan ia juga boleh mengenal warna.

           Akhir sekali, kanak-kanak disleksia juga dapat mengenal huruf dengan betul dan mereka perlu belajar sehinga mereka tidak tertukar huruf dan terbalikkan huruf tersebut. Guru-guru perlu mengajar dan fokus pada perkataaan yang kanak-kanak itu salah atau tidak faham. 

August 14, 2018

DISLEKSIA


         Perkataan disleksia berasal daripada gabungan 2 perkataan greek/yunani iaaitu dys yang bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahan atau pertuturan. Apabila ia digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam Bahasa secara literalnya,dyslexia bermaksud kesukaran dalam Bahasa.
        Jenis-jenis disleksia mempunyai tiga iaitu disleksia visual (penglihatan) ialah kesukaran utama yang dihadapi mengingat dan mengenal abjad serta bentuk perkataan. Symbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Kedua adalah disleksia auditori (pendengaran) ialah kesukaran untuk mengigati bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau mengabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Ketiga disleksia visual-auditori iaitu kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
         Selain itu, ciri-ciri disleksia mempunyai dua iaitu diperingkat prasekolah mereka mungkin: lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna. Kedua di alam persekolahan , kanak-kanak disleksia mungkin:  gagal menguasai tugasan sekolah seperti menulis, membaca, mengeja atau mengira. Tidak suka membaca dan mengelak mebaca di kelas.
       Masalah kanak-kanak yang mengahadapi disleksia ialah membaca seperti mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti batu-tuba,gula-lagu. Menulis seperti kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Bercakap dan mendengar kanak-kanak seperti ini sukat untuk bertutur mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan..

        Akhir sekali, punya-punya disleksia ialah keturunan atau genetik iaitu kebanyakan keluarga mengalami kes yang sama. Kedua biologi iaitu kanak-kanak disleksia biasanya kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan. Yang ketiga iaitu kematangan ialah terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam system saraf.

August 8, 2018

PENYAKIT DIABETES

                                 Diabetes
        Diabetes ia merupakan keadaan dimana badan mengalami kekurangan insulin (atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan ) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing). Manakala maksud insulin pula ialah hormon yang dibuat di pancreas. Hormon insulin membolehkan tubuh anda untuk menggunakan gula  (glukosa) dari karbohidrat dalam makanan yang dimakan sebagai tenaga atau untuk menyimpan glikosa sebagai cadangan tenaga. Insulin membantu menjaga kadar gula  darah anda tetap seimbang, tidak menjadi terlalu tinggi (hiperglisemia) ataupun terlalu rendah (hipoglisemia).

        Tanda-tanda gejala diabetes ialah semut akan mengerumuni tangkungan air kencing. Susut berat badan Antara 5-10kg dalam jangkamasa 3 bulan kebelakangan. Dahaga dan kerap kali buang air kecil. Terasa letih dan lesu. Penyembuhan luka mengambil masa yang terlalu lama.


        Akhir sekali . Punya-punya diabetes pula ialah kerosakan sel pankreas iaitu sel pankreas sangat penting untuk merembeskan insulin.jika pankreas rosak insulin tidak dapat dirembeskan dengan baik & kadar gula tidak dapat dikawal. Manakala obesity pula ialah timbulan lemak yang tinggi dalam tubuh menghalang insulin untuk berfungsi serta menyumbatkan aliran darah. Ketidaksambungan hormon ialah hormon yang tidak seimbang menjadi punya sel pankreas terganggu lalu menyebabkan insulin tidak dapat bertindak dengan normal.