August 31, 2018

MUZIK DAN PERGERAKAN

         Pergerakan kreaktif bermaksud interpetasi idea, perasaan, tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik.
        Objektif pergerakan kreatif ialah memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak. Memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui perantaraan tubuh badan. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta , menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran. Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.
        Komponen-komponen pergerakan kreatif ialah tubuh badan, masa, ruang, daya dan aliran. Dengan pergerakan seperti itu kanak-kanak akan lebih sihat dan kesihatan mereka lebih terjamin. Kanak-kanak juga boleh buat pergerakan ini dengan senaman setiap hari di rumah mahupun di rumah.
        Pergerakan krearif juga mempunyai tiga tema iaitu ritma-ritma yang berkaitan dengan pekerjaan . kesedaran bentuk-bentuk pergerakan. Transisi lapan daya asas.

No comments:

Post a Comment