Kanak-kanak Lembam
Slow learner atau lembam ini
merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas /
di sekolah biasa. Mereka sangat lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran
yang mudah dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah
/ rendah. Dengan itu juga masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah
pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran kursus ini menunjukan kelemahan dalam
menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira.
Selain itu, ciri-ciri kanak-kanak
lembam ialah ciri kognitif iaitu kanak–kanak lembam menunjukan keupayaan
intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi sederhana IQ mereka
pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan. Dengan itu ciri
akdemik pula ialah diantara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah
yang paling ketara yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah
laku. Ciri seterusnya ciri sosial-emosi iaitu ciri-ciri yang sedia ada seperti
kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan
beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak itu lebih
cenderung mengalami masalah sosial-emosi.
Seterusnya, punca-punca lembam
kepada kanak-kanak itu terjadi ialah dari segi baka iaitu baka atau genetik
merupakan Antara faktor penyebab mendapat anak yang bermasalah seperti slow
learner, autism,down sindrom dan masalah pembelajaran lain ia adalah faktor
utama kerana genetik yang mempunyai masalah ini akan mewarisi keturunan atau
genrasi seterusnya. Dengan itu juga punca intelek yang rendah pula ialah
kanak-kanak bermasalah pembelajaran (slow learner) mempunyai masalah intelek yang rendah ia
bermakna kanak-kanak slow learner menghadapi masalah dalam pembelajaran. Punca
seterusnya ialah masalah emosi iaitu ganguan emosi boleh menyebabkan seseorang
kanak-kanak itu tidak maju di dalam pelajaranya.ia juga terdapat kanak-kanak
yang tidak dapat menumpukan perhatianya terhadap pelajaran kerana
ganguan-ganguan seperti sakit perut , sakit kepala dan sebagainya.
Akhir sekali, cara mengatasi
masalah lembam ini adalah mengubah yang abstak kepada yang konkrit iaitu mengajar
kanak-kanak lembam dengan secara konkrik lebih mudah daripada abstrak kerana
kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang di suruh daripada membayangkan
sesuatu maklumat.contohnya, membuat model kereta, cara memasak dan sebagainya.
Elakkan daripada membuat generalisasi iaitu kanak-kanak lembam sukar untuk
membuat generalisasi seperti mengaplikasi perkara yang baru kerana kanak-kanak
lembam sukar untuk memproses maklumat, mengingati dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment