Diabetes
Diabetes ia merupakan keadaan dimana
badan mengalami kekurangan insulin (atau insulin yang dikeluarkan kurang
berkesan ) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan
akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing). Manakala maksud insulin pula
ialah hormon yang dibuat di pancreas. Hormon insulin membolehkan tubuh anda
untuk menggunakan gula (glukosa) dari
karbohidrat dalam makanan yang dimakan sebagai tenaga atau untuk menyimpan
glikosa sebagai cadangan tenaga. Insulin membantu menjaga kadar gula darah anda tetap seimbang, tidak menjadi
terlalu tinggi (hiperglisemia) ataupun terlalu rendah (hipoglisemia).
Tanda-tanda gejala diabetes ialah semut
akan mengerumuni tangkungan air kencing. Susut berat badan Antara 5-10kg dalam
jangkamasa 3 bulan kebelakangan. Dahaga dan kerap kali buang air kecil. Terasa letih
dan lesu. Penyembuhan luka mengambil masa yang terlalu lama.
Akhir sekali . Punya-punya diabetes
pula ialah kerosakan sel pankreas iaitu sel pankreas sangat penting untuk
merembeskan insulin.jika pankreas rosak insulin tidak dapat dirembeskan dengan
baik & kadar gula tidak dapat dikawal. Manakala obesity pula ialah timbulan
lemak yang tinggi dalam tubuh menghalang insulin untuk berfungsi serta
menyumbatkan aliran darah. Ketidaksambungan hormon ialah hormon yang tidak
seimbang menjadi punya sel pankreas terganggu lalu menyebabkan insulin tidak
dapat bertindak dengan normal.
No comments:
Post a Comment