August 31, 2018

MUZIK DAN PERGERAKAN

         Pergerakan kreaktif bermaksud interpetasi idea, perasaan, tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik.
        Objektif pergerakan kreatif ialah memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak. Memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui perantaraan tubuh badan. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta , menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran. Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.
        Komponen-komponen pergerakan kreatif ialah tubuh badan, masa, ruang, daya dan aliran. Dengan pergerakan seperti itu kanak-kanak akan lebih sihat dan kesihatan mereka lebih terjamin. Kanak-kanak juga boleh buat pergerakan ini dengan senaman setiap hari di rumah mahupun di rumah.
        Pergerakan krearif juga mempunyai tiga tema iaitu ritma-ritma yang berkaitan dengan pekerjaan . kesedaran bentuk-bentuk pergerakan. Transisi lapan daya asas.

August 24, 2018

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
         Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ict dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan ict dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah ict perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan menarik, mencabar dan interaktif.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1.      Penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan kebersanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.      Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya, menggunakan alat seperti power point, flash, video dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran . hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

3.      Melalui penggunaan ict guru dan murid akan lebih menguasai teknologi –teknologi terjini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan memproses dan merekod setiap maklumat yang diprolehi . bahan yang dapat digunakan berulangkali.  

August 20, 2018

BAHAN BANTU MENGAJAR KANAK-KANAK DISLEKSIA


       Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Ia adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar, mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain, Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri, setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
        Kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah mengenal huruf dan perkataan. Mereka perlu diterapkan dengan bahan bantu mengajar yang jelas dan besar. Guru juga perlu membuat perbezaan huruf untuk memastikan kanak-kanak disleksia dapat mengenal dengan betul dan juga dapat menyebut huruf tersebut.
         Selain itu, bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu kanak-kanak itu untuk mengeja atau menyebut perkataan yang disediakan seperti nama buah-buahan atau benda-benda dan ia juga boleh mengenal warna.

           Akhir sekali, kanak-kanak disleksia juga dapat mengenal huruf dengan betul dan mereka perlu belajar sehinga mereka tidak tertukar huruf dan terbalikkan huruf tersebut. Guru-guru perlu mengajar dan fokus pada perkataaan yang kanak-kanak itu salah atau tidak faham. 

August 14, 2018

DISLEKSIA


         Perkataan disleksia berasal daripada gabungan 2 perkataan greek/yunani iaaitu dys yang bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahan atau pertuturan. Apabila ia digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam Bahasa secara literalnya,dyslexia bermaksud kesukaran dalam Bahasa.
        Jenis-jenis disleksia mempunyai tiga iaitu disleksia visual (penglihatan) ialah kesukaran utama yang dihadapi mengingat dan mengenal abjad serta bentuk perkataan. Symbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Kedua adalah disleksia auditori (pendengaran) ialah kesukaran untuk mengigati bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau mengabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Ketiga disleksia visual-auditori iaitu kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
         Selain itu, ciri-ciri disleksia mempunyai dua iaitu diperingkat prasekolah mereka mungkin: lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna. Kedua di alam persekolahan , kanak-kanak disleksia mungkin:  gagal menguasai tugasan sekolah seperti menulis, membaca, mengeja atau mengira. Tidak suka membaca dan mengelak mebaca di kelas.
       Masalah kanak-kanak yang mengahadapi disleksia ialah membaca seperti mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti batu-tuba,gula-lagu. Menulis seperti kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Bercakap dan mendengar kanak-kanak seperti ini sukat untuk bertutur mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan..

        Akhir sekali, punya-punya disleksia ialah keturunan atau genetik iaitu kebanyakan keluarga mengalami kes yang sama. Kedua biologi iaitu kanak-kanak disleksia biasanya kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan. Yang ketiga iaitu kematangan ialah terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam system saraf.

August 8, 2018

PENYAKIT DIABETES

                                 Diabetes
        Diabetes ia merupakan keadaan dimana badan mengalami kekurangan insulin (atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan ) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing). Manakala maksud insulin pula ialah hormon yang dibuat di pancreas. Hormon insulin membolehkan tubuh anda untuk menggunakan gula  (glukosa) dari karbohidrat dalam makanan yang dimakan sebagai tenaga atau untuk menyimpan glikosa sebagai cadangan tenaga. Insulin membantu menjaga kadar gula  darah anda tetap seimbang, tidak menjadi terlalu tinggi (hiperglisemia) ataupun terlalu rendah (hipoglisemia).

        Tanda-tanda gejala diabetes ialah semut akan mengerumuni tangkungan air kencing. Susut berat badan Antara 5-10kg dalam jangkamasa 3 bulan kebelakangan. Dahaga dan kerap kali buang air kecil. Terasa letih dan lesu. Penyembuhan luka mengambil masa yang terlalu lama.


        Akhir sekali . Punya-punya diabetes pula ialah kerosakan sel pankreas iaitu sel pankreas sangat penting untuk merembeskan insulin.jika pankreas rosak insulin tidak dapat dirembeskan dengan baik & kadar gula tidak dapat dikawal. Manakala obesity pula ialah timbulan lemak yang tinggi dalam tubuh menghalang insulin untuk berfungsi serta menyumbatkan aliran darah. Ketidaksambungan hormon ialah hormon yang tidak seimbang menjadi punya sel pankreas terganggu lalu menyebabkan insulin tidak dapat bertindak dengan normal.

August 4, 2018

kategori-kategori kanak-kanak keperluan khas

                                     Kanak-kanak Lembam
             Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / di sekolah biasa. Mereka sangat lambat  untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Dengan itu juga masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran kursus ini menunjukan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira.
            Selain itu, ciri-ciri kanak-kanak lembam ialah ciri  kognitif  iaitu kanak–kanak lembam menunjukan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi sederhana IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan. Dengan itu ciri akdemik pula ialah diantara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Ciri seterusnya ciri sosial-emosi iaitu ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak itu lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.
           Seterusnya, punca-punca lembam kepada kanak-kanak itu terjadi ialah dari segi baka iaitu baka atau genetik merupakan Antara faktor penyebab mendapat anak yang bermasalah seperti slow learner, autism,down sindrom dan masalah pembelajaran lain ia adalah faktor utama kerana genetik yang mempunyai masalah ini akan mewarisi keturunan atau genrasi seterusnya. Dengan itu juga punca intelek yang rendah pula ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran (slow learner)  mempunyai masalah intelek yang rendah ia bermakna kanak-kanak slow learner menghadapi masalah dalam pembelajaran. Punca seterusnya ialah masalah emosi iaitu ganguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju di dalam pelajaranya.ia juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatianya terhadap pelajaran kerana ganguan-ganguan seperti sakit perut , sakit kepala dan sebagainya.

            Akhir sekali, cara mengatasi masalah lembam ini adalah mengubah yang abstak kepada yang konkrit iaitu mengajar kanak-kanak lembam dengan secara konkrik lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang di suruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.contohnya, membuat model kereta, cara memasak dan sebagainya. Elakkan daripada membuat generalisasi iaitu kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasi perkara yang baru kerana kanak-kanak lembam sukar untuk memproses maklumat, mengingati dan sebagainya.