July 28, 2018

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

        Kanak-kanak yang lembam tidak boleh di ikuti dengan pembelajaran atau sekolah biasa kerana mereka memerlukan pembelajaran yang di ajar satu persatu. Dengan itu juga kanak-kanak seperti ini memerlukan bahan bantu mengajar yang konkrik kepada abstrak. Seperti bahan-bahan di bawah :




          Alat bantu menagajar ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. dengan menggunakan alat bantu mengajar ini kanak-kanak lembam akan mudah atau cepat mendapat maklumat yang di ajar oleh guru. Aktiviti untuk mengira nombor ianya sangt sesuai dengan alat ini kerana ia mudah dan cepat.

            Selain itu, kanak-kanak tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan aktiviti ini. Dengan itu juga kanak-kanak akan dapat mengenal pelbagai warna yang ada pada mainan itu. Dengan itu kanak-kanak boleh berfikir dengan lebih lagi kerana aktiviti ini juga adalah untuk mengembangkan lagi kognitif kanak-kanak dalam aktiviti mengira nombor atau mengira benda.

July 21, 2018

tingkah laku kanak-kanak

                   Jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak
          Tingkah laku yang pertama adalah tingkah laku menghalang iaitu tingkah laku mengandungi empat iaitu kebimbangan/kerisauan ini bermaksud kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik. Dengan itu faktor yang menyebabkan berlakunya kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak adalah dari segi persekitaran mereka. Pergantungan berlebihan ini juga bermaksud kanak-kanak yang sering bergantung dengan orang lain atau tidak dapat berdikari sendiri.dengan untuk membuat sesuatu kerja amat susah kerana sangat bergantung dengan orang lain. Mereka juga sangat mudah untuk di pengaruhi. Penguduran diri ini pula bermaksud malu untuk menunjukan kebolehan diri kanak-kanak seperti akan mengangap orang lain lebih baik dari mereka. Pengasingan diri yang bermaksud kanak-kanak yang tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan mereka atau orang lain.
       Selain itu, tingkah laku yang menganggu mempunyai enam iaitu hiperaktif yang bermaksud ia dikenali sebagai attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) iaitu kanak-kanak sindrom yang susah duduk diam dan banyak pergerakan. Kelakuan nakal ini juga bermaksud kanak-kanak yang suka mneyakat kawan dan suka membuli. Bising juga yang suka menganggu ketenteraman bilik darjah yang suka bercakap. Bergerak sesuka hati pula ialah kanak-kanak yang suka keluar kelas sesuka hati dan suka berjalan semasa dalam sesi pembelajaran. Ketawa kuat ialah ketawa kuat yang nyaring dan mereka tidak menghiraukan orang sekeliling mereka. Agresif secara lisan pula ialah kanak-kanak yang suka mengunakan kata-kata kasar dan suka mengeluarkan kata-kata lucah.

Akhir sekali, tingkah laku antisosial yang mempunyai lima iaitu permusuhan nyata yang bermaksud kanak-kanak yang suka bergaduh dan mencari pasal dengan kanak-kanak lain. Vandalism juga bermaksud kanak-kanak yang suka merosakan hanrta benda awan seperti menconteng dinding atau merosakkan kerusi meja dan sebagainya. Kumpulan liar pula adalah kanak-kanak yang telah melibatkan diri mereka dalam kumpulan tidak bermoral. Klik juga adalah mempunyai perhubungan dengan orang yang sama tingkah lakunya tetapi tingkah laku yang tidak baik. geng pula adalah yang suka menubuhkan kumpulan yang digeruni oleh kanak-kanak lain untuk menakut-nakutkan orang lain di dalam sekolah.

July 12, 2018

TEORI IMAN AL-GHAZALI

                                    Tokoh iman al-ghazali
Dalam pemerhatian dan ujikaji saya terhadap iman al-ghazali beliau dilahirkan pada 450 hijrah bersamaan 1058 masehi di sebuah kampung bernama ghazalah daulayah qursan di negeri parsi. Nama sebenar beliau adalah muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ahmad al-ghazali. Pada tahun 484 hijrah beliau telah dilantik sebagai naib canselor di university dan pensyarah di university pengajian tinggi nizamiah. pada tahun 489 hijrah, beliau telah meletakan jawatannya dan pergi ke Syria dan ke mekah.kitab beliau yang termasyur adalah ihya ulumuddin.
Selain itu, pandangan dan idea-idea beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah  kanak-kanak perlu diasuh mengikut peringkat tahap umur iaitu: sejak lahir hingga 4 tahun dan 5 tahun hingga 7 tahun. Dalam kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adab pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia. Dengan itu juga seseorang kanak-kanak perlu dilatih sejak lahir lagi.

Akhir sekali, untuk seseorang bayi janganlah diberikan kepada orang lain untuk menjaganya kecuali pada wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya supaya bayi tersebut akan mengambil atau tiru sikap dan tingkah laku penjaganya kerana perkembangan bayi adalah mempunyai sifat tiru dalam kehidupan mereka. Untuk mendidik kanak-kanak perlulah dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didikkan itu untuk kanak-kanak supaya memprolehi tingkah laku yang mulia merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam pelakuan mereka, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

TEORI FROEBEL

                                                 Friedrich Froebel (1782-1852)
Pada pandangan saya terhadap tokoh friedrich froebel ini ialah beliau seorang tokoh pendidikan dari jerman. Beliau juga telah digelar sebagai "bapa tadika". Pada tahun1837, juga beliau telah menubuhkan sebuah sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan "kindergarten". Beliau juga adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan menifestasi pada tuhan. Menurut beliau "kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak.
Selain itu, idea-idea Froebel untuk kanak-kanak ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik minat perhatian kanak-kanak untuk belajar. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, ia juga mempunyai bilik yang senang di masukki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman , binatang dan gambar-gambar. Ia juga perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik juga janganlah sempit kerana ia akan menyusahkan perjalanan aktiviti. Dengan itu Froebel sangat mementingkan tentang keselesaan kanak-kanak untuk belajar.

Akhir sekali, taman kanak-kanak adalah merupakan salah satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Dalam pendidikan juga adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Beliau juga sangat menekankan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menarik minat kanak-kanak kerana beliau sangat menekan kaedah bermain kepada kanak-kanak. Dengan itu juga beliau mementingkan disiplin kanak-kanak dan juga motivasi untuk kanak-kanak kerana ia sangat penting.

July 7, 2018

ILMU-ILMU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


                                          Teori maria montessori

Saya fahami Mengenai maria montessori ialah beliau merupakan seorang tokoh pendidikan di rome. Beliau juga mempunyai pengalaman tentang pendidikan terencat akal. Dengan itu juga beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di rome. Di sekolah maria montessori dan kawan-kawannya telah menghabiskan masa mereka untuk mengajar guru-guru untuk menghadapi kanak-kanak yang mempunyai masalah terencat akal. Dengan itu juga maria montessori telah membuat satu pemerhatian dan ujikaji terhadap kanak-kanak yang terencat akal. Maria montessori adalah seorang doktor yang terkenal dengan mengenai kanak-kanak. Dengan kaedah yang digunakan oleh maria montessori ini juga bukan hanya untuk kanak-kanak istimewa sahaja tetapi kaedah itu juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang normal.
Selain itu, model montessori dalam pendidika awal kanak-kanak wujud dalam awal abad ke-20. Di samping itu, juga wanita pertama yang pernah menerima ijazah dalam pendidikan perubatan daripada universiti rome adalah dr. Maria montessori. Dengan itu juga beliau telah menubuhkan sekolah montessori yang di kenali sebagai casas dei bambini untuk kanak-kanak yang miskin dengan kanak-kanak kurang berupaya. bagi beliau mempelajari pendidikan awal kanak-kanak sangat penting untuk pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari itard dan sequin. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang mereflesikan kegiatan yang konkrik seperti mana yang digunakan oleh sinquin dan itard untuk kegunaan penilaian.
Dengan itu, bahan yang dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan yang dibina dengan cermat seperti bahan-bahan  yang semula jadi. Sebagai contohnya, kayu yang divarnish. Aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak juga adalah satu kaedah maria montessori ambil untuk di jadikan bahan-bahan pembelajaran seperti mengenakan butang baju, memasang tali kasut, mengilat kasut, mengikat rambut, menyiram pokok, dan mengelap meja.

Akhir sekali, maria montessori telah menciptakan berbagai alat bantu mengajar untuk memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran kanak-kanak seperti pink tower, brown stairs, red rods, cylinder block, smelling jar dan baric tablets.

DIARY SAYA

   
                       
Assalamualaikum,

       Saya Noor Azian Bt Alias dengan itu juga boleh di kenali sebagai Yan atau Noor. Umur saya 20 tahun. Saya berasal atau tinggal di Bukit Tandak Rantau Panjang. Saya merupakan anak sulung daripada 5 adik-beradik saya mempunyai 2 lelaki dan 3 perempuan. Saya juga mempunyai kedua orang tua yang amat saya sayangi iaitu mak saya Cik Puziah Bt Mustafa dan bapa saya Alias Bin Mahmood. saya juga seorang pelajar di kolej uniti kota bharu.
       Saya ingin menceritakan tentang adik-beradik saya terlebih dahulu. Dengan itu, saya mempunyai 2 adik-beradik lelaki yang bernama Mohamad Amirul Bin Alias iaitu adik yang ke dua bawah pada saya. Beliau seorang tentera darat. Beliau juga mengikuti jejak ayahnya seorang tentera darat. Kerjaya itu adalah cita-cita yang diingininya. Beliau baru berusia 19 tahun yang mempunyai kerjaya muda. Selain itu, adik lelaki saya yang seterusnya ialah bernama Muhamad Arfan Daniel Bin Alias. Beliau adalah anak bongsu daripada adik-bradik saya. Beliau juga anak bongsu lelaki dalam keluarga saya. Beliau juga baru berusia 6 tahun dan bersekolah di prasekolah SK Kubang Kuau di Rantau Panjang.
      Seterusnya, adik-beradik perempuan saya mempunyai 3 orang termasuk saya. Adik kertiga saya bernama Noor Ainie Bt Alias. Beliau berumur 14 tahun tingkatan 2. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial. Selain itu, adik ke empat saya ialah bernama Noor Azlina Bt Alias. Beliau berumur 11 tahun. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah  Kubang Kuau.
      Selain itu, tidak lupa juga mengenai kedua ibu bapa saya iaitu  bapa saya Encik Alias Bin Mahmood. beliau berumur 54 tahun dan beliau juga dulu seorang tentera darat tetapi sekarang sudah pesara kini ia menyambung kerjanya menjadi seorang buruh . seterusnya, ibu saya Cik Puziah Bt Mustafa. Beliau berumur 40 tahun dan beliau juga seorang suri rumah sepenuh masa.
Di samping itu, mengenai diri saya pula saya adalah salah seorang pelajar kolej uniti kota bharu. Saya belajar di situ sudah 2 tahun setegah. Di kolej itu juga saya telah mengambil jurusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Saya mengambil jurusan itu kerana saya berminat untuk menjadi seorang pendidik kanak-kanak.               Selain itu, juga pengalaman saya mengambil jurusan itu dan belajar mengenai kanak-kanak ini juga sangat mencabar bagi saya kerana saya tidak pernah mengetahui bagaimana cara-cara kanak-kanak berkembang dan cara kanak-kanak belajar untuk hidup dan berdikari dengan sendiri.
        Seterusnya, saya juga ingin mencapai apa yang saya inginkan selama ini untuk menjadi seorang pendidik. Menjadi seorang pendidik kanak-kanak bukan mudah kerana kita perlu banyak belajar bagaimana untuk menghadap mereka semasa di dalam kelas atau luar kelas. Saya juga bersyukur kerana saya dapat melanjutkan pengajian saya di peringkat lebih lagi dan saya juga dapat menyambung ke bahagian yang saya minati dan impikan selama ini.
       Dengan itu, saya perlulah  lebih berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik. Dengan mencapai cita-cita saya juga saya perlu belajar dengan lebih tekun lagi untuk mengetahui pelbagai kaedah atau cara untuk mengatasi kanak-kanak di luar sana. Kanak-kanak dengan orang dewasa macam kita sangat berbeza kerana kognitif mereka dengan kita sangat jauh beza dalam fikiran mereka hanya penuh dengan keseronokan manakala fikiran orang dewasa penuh dengan tentang kehidupan antaranya berfikir untuk tanggung sara hidup dan kerja.

          Akhir sekali, dengan itu saya sebagai anak sulung perlulah kuat untuk menghadapi cabaran hidup untuk terus mencapai impian saya kerana  saya adalah anak yang perlu pikul tanggungjawab terhadap keluarga saya. Dengan itu juga saya ingin membantu keluarga saya yang hidup sederhana dengan menjadi seperti kehidupan orang lain dengan adanya kerjaya dan mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik. Tidak lupa juga saya ingin menjadi seorang pendidik ini supaya saya dapat kongsi pengalaman atau ilmu yang saya tahu kepada kanak-kanak di luar sana supaya saya dapat membantu mereka untuk maju dalam kehidupan mereka masing-masing yang akan datang.