July 21, 2018

tingkah laku kanak-kanak

                   Jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak
          Tingkah laku yang pertama adalah tingkah laku menghalang iaitu tingkah laku mengandungi empat iaitu kebimbangan/kerisauan ini bermaksud kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik. Dengan itu faktor yang menyebabkan berlakunya kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak adalah dari segi persekitaran mereka. Pergantungan berlebihan ini juga bermaksud kanak-kanak yang sering bergantung dengan orang lain atau tidak dapat berdikari sendiri.dengan untuk membuat sesuatu kerja amat susah kerana sangat bergantung dengan orang lain. Mereka juga sangat mudah untuk di pengaruhi. Penguduran diri ini pula bermaksud malu untuk menunjukan kebolehan diri kanak-kanak seperti akan mengangap orang lain lebih baik dari mereka. Pengasingan diri yang bermaksud kanak-kanak yang tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan mereka atau orang lain.
       Selain itu, tingkah laku yang menganggu mempunyai enam iaitu hiperaktif yang bermaksud ia dikenali sebagai attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) iaitu kanak-kanak sindrom yang susah duduk diam dan banyak pergerakan. Kelakuan nakal ini juga bermaksud kanak-kanak yang suka mneyakat kawan dan suka membuli. Bising juga yang suka menganggu ketenteraman bilik darjah yang suka bercakap. Bergerak sesuka hati pula ialah kanak-kanak yang suka keluar kelas sesuka hati dan suka berjalan semasa dalam sesi pembelajaran. Ketawa kuat ialah ketawa kuat yang nyaring dan mereka tidak menghiraukan orang sekeliling mereka. Agresif secara lisan pula ialah kanak-kanak yang suka mengunakan kata-kata kasar dan suka mengeluarkan kata-kata lucah.

Akhir sekali, tingkah laku antisosial yang mempunyai lima iaitu permusuhan nyata yang bermaksud kanak-kanak yang suka bergaduh dan mencari pasal dengan kanak-kanak lain. Vandalism juga bermaksud kanak-kanak yang suka merosakan hanrta benda awan seperti menconteng dinding atau merosakkan kerusi meja dan sebagainya. Kumpulan liar pula adalah kanak-kanak yang telah melibatkan diri mereka dalam kumpulan tidak bermoral. Klik juga adalah mempunyai perhubungan dengan orang yang sama tingkah lakunya tetapi tingkah laku yang tidak baik. geng pula adalah yang suka menubuhkan kumpulan yang digeruni oleh kanak-kanak lain untuk menakut-nakutkan orang lain di dalam sekolah.

No comments:

Post a Comment