Assalamualaikum,
Saya Noor Azian Bt Alias dengan itu juga boleh di kenali sebagai Yan atau
Noor. Umur saya 20 tahun. Saya berasal atau tinggal di Bukit Tandak Rantau
Panjang. Saya merupakan anak sulung daripada 5 adik-beradik saya mempunyai 2
lelaki dan 3 perempuan. Saya juga mempunyai kedua orang tua yang amat saya
sayangi iaitu mak saya Cik Puziah Bt Mustafa dan bapa saya Alias Bin Mahmood.
saya juga seorang pelajar di kolej uniti kota bharu.
Saya ingin menceritakan tentang adik-beradik saya terlebih dahulu. Dengan
itu, saya mempunyai 2 adik-beradik lelaki yang bernama Mohamad Amirul Bin Alias
iaitu adik yang ke dua bawah pada saya. Beliau seorang tentera darat. Beliau
juga mengikuti jejak ayahnya seorang tentera darat. Kerjaya itu adalah
cita-cita yang diingininya. Beliau baru berusia 19 tahun yang mempunyai kerjaya
muda. Selain itu, adik lelaki saya yang seterusnya ialah bernama Muhamad Arfan
Daniel Bin Alias. Beliau adalah anak bongsu daripada adik-bradik saya. Beliau
juga anak bongsu lelaki dalam keluarga saya. Beliau juga baru berusia 6 tahun
dan bersekolah di prasekolah SK Kubang Kuau di Rantau Panjang.
Seterusnya, adik-beradik perempuan saya mempunyai 3 orang termasuk saya.
Adik kertiga saya bernama Noor Ainie Bt Alias. Beliau berumur 14 tahun
tingkatan 2. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial.
Selain itu, adik ke empat saya ialah bernama Noor Azlina Bt Alias. Beliau
berumur 11 tahun. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kubang Kuau.
Selain itu, tidak lupa juga mengenai kedua ibu bapa saya iaitu bapa saya Encik Alias Bin Mahmood. beliau
berumur 54 tahun dan beliau juga dulu seorang tentera darat tetapi sekarang
sudah pesara kini ia menyambung kerjanya menjadi seorang buruh . seterusnya,
ibu saya Cik Puziah Bt Mustafa. Beliau berumur 40 tahun dan beliau juga seorang
suri rumah sepenuh masa.
Di samping itu, mengenai diri saya pula saya adalah salah seorang pelajar
kolej uniti kota bharu. Saya belajar di situ sudah 2 tahun setegah. Di kolej
itu juga saya telah mengambil jurusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Saya
mengambil jurusan itu kerana saya berminat untuk menjadi seorang pendidik
kanak-kanak. Selain itu, juga pengalaman saya mengambil jurusan itu dan belajar
mengenai kanak-kanak ini juga sangat mencabar bagi saya kerana saya tidak
pernah mengetahui bagaimana cara-cara kanak-kanak berkembang dan cara
kanak-kanak belajar untuk hidup dan berdikari dengan sendiri.
Seterusnya, saya juga ingin mencapai apa yang saya inginkan selama ini
untuk menjadi seorang pendidik. Menjadi seorang pendidik kanak-kanak bukan
mudah kerana kita perlu banyak belajar bagaimana untuk menghadap mereka semasa
di dalam kelas atau luar kelas. Saya juga bersyukur kerana saya dapat
melanjutkan pengajian saya di peringkat lebih lagi dan saya juga dapat
menyambung ke bahagian yang saya minati dan impikan selama ini.
Dengan itu, saya perlulah lebih
berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang
pendidik. Dengan mencapai cita-cita saya juga saya perlu belajar dengan lebih
tekun lagi untuk mengetahui pelbagai kaedah atau cara untuk mengatasi
kanak-kanak di luar sana. Kanak-kanak dengan orang dewasa macam kita sangat
berbeza kerana kognitif mereka dengan kita sangat jauh beza dalam fikiran
mereka hanya penuh dengan keseronokan manakala fikiran orang dewasa penuh
dengan tentang kehidupan antaranya berfikir untuk tanggung sara hidup dan
kerja.
Akhir sekali, dengan itu saya sebagai anak sulung perlulah kuat untuk
menghadapi cabaran hidup untuk terus mencapai impian saya kerana saya adalah anak yang perlu pikul
tanggungjawab terhadap keluarga saya. Dengan itu juga saya ingin membantu
keluarga saya yang hidup sederhana dengan menjadi seperti kehidupan orang lain
dengan adanya kerjaya dan mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang
pendidik. Tidak lupa juga saya ingin menjadi seorang pendidik ini supaya saya
dapat kongsi pengalaman atau ilmu yang saya tahu kepada kanak-kanak di luar
sana supaya saya dapat membantu mereka untuk maju dalam kehidupan mereka
masing-masing yang akan datang.
No comments:
Post a Comment