Teori maria montessori
Saya fahami Mengenai maria montessori ialah beliau merupakan seorang tokoh
pendidikan di rome. Beliau juga mempunyai pengalaman tentang pendidikan
terencat akal. Dengan itu juga beliau terlibat dengan penubuhan sekolah
kanak-kanak cacat di rome. Di sekolah maria montessori dan kawan-kawannya telah
menghabiskan masa mereka untuk mengajar guru-guru untuk menghadapi kanak-kanak
yang mempunyai masalah terencat akal. Dengan itu juga maria montessori telah
membuat satu pemerhatian dan ujikaji terhadap kanak-kanak yang terencat akal. Maria
montessori adalah seorang doktor yang terkenal dengan mengenai kanak-kanak.
Dengan kaedah yang digunakan oleh maria montessori ini juga bukan hanya untuk
kanak-kanak istimewa sahaja tetapi kaedah itu juga boleh digunakan untuk
kanak-kanak yang normal.
Selain itu, model montessori dalam pendidika awal kanak-kanak wujud dalam
awal abad ke-20. Di samping itu, juga wanita pertama yang pernah menerima
ijazah dalam pendidikan perubatan daripada universiti rome adalah dr. Maria
montessori. Dengan itu juga beliau telah menubuhkan sekolah montessori yang di
kenali sebagai casas dei bambini untuk kanak-kanak yang miskin dengan
kanak-kanak kurang berupaya. bagi beliau mempelajari pendidikan awal
kanak-kanak sangat penting untuk pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari
itard dan sequin. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang
mereflesikan kegiatan yang konkrik seperti mana yang digunakan oleh sinquin dan
itard untuk kegunaan penilaian.
Dengan itu, bahan yang dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan
bahan-bahan yang dibina dengan cermat seperti bahan-bahan yang semula jadi. Sebagai contohnya, kayu
yang divarnish. Aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak juga adalah satu kaedah
maria montessori ambil untuk di jadikan bahan-bahan pembelajaran seperti
mengenakan butang baju, memasang tali kasut, mengilat kasut, mengikat rambut,
menyiram pokok, dan mengelap meja.
Akhir sekali, maria montessori telah menciptakan berbagai alat bantu
mengajar untuk memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran kanak-kanak seperti
pink tower, brown stairs, red rods, cylinder block, smelling jar dan baric
tablets.
No comments:
Post a Comment