July 12, 2018

TEORI IMAN AL-GHAZALI

                                    Tokoh iman al-ghazali
Dalam pemerhatian dan ujikaji saya terhadap iman al-ghazali beliau dilahirkan pada 450 hijrah bersamaan 1058 masehi di sebuah kampung bernama ghazalah daulayah qursan di negeri parsi. Nama sebenar beliau adalah muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ahmad al-ghazali. Pada tahun 484 hijrah beliau telah dilantik sebagai naib canselor di university dan pensyarah di university pengajian tinggi nizamiah. pada tahun 489 hijrah, beliau telah meletakan jawatannya dan pergi ke Syria dan ke mekah.kitab beliau yang termasyur adalah ihya ulumuddin.
Selain itu, pandangan dan idea-idea beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah  kanak-kanak perlu diasuh mengikut peringkat tahap umur iaitu: sejak lahir hingga 4 tahun dan 5 tahun hingga 7 tahun. Dalam kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adab pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia. Dengan itu juga seseorang kanak-kanak perlu dilatih sejak lahir lagi.

Akhir sekali, untuk seseorang bayi janganlah diberikan kepada orang lain untuk menjaganya kecuali pada wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya supaya bayi tersebut akan mengambil atau tiru sikap dan tingkah laku penjaganya kerana perkembangan bayi adalah mempunyai sifat tiru dalam kehidupan mereka. Untuk mendidik kanak-kanak perlulah dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didikkan itu untuk kanak-kanak supaya memprolehi tingkah laku yang mulia merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam pelakuan mereka, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

No comments:

Post a Comment