Friedrich Froebel
(1782-1852)
Pada pandangan saya terhadap tokoh
friedrich froebel ini ialah beliau seorang tokoh pendidikan dari jerman. Beliau
juga telah digelar sebagai "bapa tadika". Pada tahun1837, juga beliau
telah menubuhkan sebuah sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
"kindergarten". Beliau juga adalah seorang yang kuat beragama dan
menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat
bekerja dan menifestasi pada tuhan. Menurut beliau "kanak-kanak umpama
biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah
taman untuk kanak-kanak.
Selain itu, idea-idea Froebel untuk
kanak-kanak ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk
menarik minat perhatian kanak-kanak untuk belajar. Sekurang-kurangnya ia dicat
dengan warna yang terang, ia juga mempunyai bilik yang senang di masukki
cahaya, dipenuhi dengan taman-taman , binatang dan gambar-gambar. Ia juga perlu
dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik juga
janganlah sempit kerana ia akan menyusahkan perjalanan aktiviti. Dengan itu
Froebel sangat mementingkan tentang keselesaan kanak-kanak untuk belajar.
Akhir sekali, taman kanak-kanak
adalah merupakan salah satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Dalam
pendidikan juga adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Beliau juga sangat
menekankan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menarik
minat kanak-kanak kerana beliau sangat menekan kaedah bermain kepada
kanak-kanak. Dengan itu juga beliau mementingkan disiplin kanak-kanak dan juga
motivasi untuk kanak-kanak kerana ia sangat penting.
No comments:
Post a Comment